Masih ingat lagi dengan pelakon cantik, Faezah Elai? Walaupun kini dia menjadi ibu sepenuh masa, namun tetap kelihatan cantik dan kekal langsing.
Selalunya bila dah kahwin dan beranak, berat badan akan naik mendadak. Lebih-lebih lagi jika bergelar suri rumah sepenuh masa.
Baru-baru ini, Faezah Elai kongsikan tips untuk turunkan berat badan 13 kg dalam masa sebulan khas untuk wanita yang baru saja bersalin.
1. Hanya makan segenggam nasi beras perang semasa berpantang
Menu Faezah biasanya pagi; bijirin dan susu, tengah hari; segenggam nasi beras perang bersama sejenis lauk seperti ikan, daging atau ayam dan mesti ada sayur! Petang; dua biji kuih dan kopi panas cair. Kopi penting juga untuk meningkatkan metabolisme.
2. Tak salah nak makan apa pun, tapi jaga kalori
Faezah memang kuat makan, hari-hari mesti pekena nasi kandar. Feazah amalkan diet kalori yang praktikal untuk dibuat.Jangan ambil makanan lebih daripada 1300 kalori sehari.
3. Jangan makan selepas jam 8 malam
Ada sebab kenapa kita disarankan untuk berbuka puasa sebelum pukul 8. Ianya baik untuk penghadaman.
4. Banyakkan bergerak & kekal aktif
Setiap pergerakan kita sehari-hari pun sudah membakar kalori dalam badan, jadi pastikan pembakaran seimbang dengan kalori yang diambil itu agar ia tidak mendap sebagai lemak berlebihan.
5. Nak nampak cantik, adab & sahsiah diri kena baik
Bagi Faezah, kecantikan luaran boleh dibentuk dan diubah tetapi kalau dalaman buruk, maka tiada langsung nilai kecantikan seorang wanita itu yang harus dibanggakan.
0 Response to "WANITA Baca Ni - Faezah Elai Kongsi Tips Turun Berat Badan 13kg Sebulan !!!"
Post a Comment