Namun, bakat baharu itu dikatakan tidak mahu memberikan nombor telefon beliau bagi memudahkan wartawan menghubunginya pada masa akan datang. Hazama meminta semua pihak memahami situasi Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, ketika ini yang masih hijau dalam persada seni tempatan.
"Saya ada memberitahu Usop untuk tidak memberikan nombor telefon kepada individu tak kenali bagi mengelakkan sebarang masalah, namun tidak sangka pula dia melakukan perkara itu kepada media. "Maafkan dia kerana dirinya masih mentah dan kurang mahir dengan urusan membabitkan pihak media. Berikan dia masa untuk memahami dunia seni dengan lebih mendalam.
"Dia bermula dari kosong, jadi banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya. Begitupun, tidak pernah sesekali saya mengajar perkara negatif kepadanya," katanya kepada BH Online. Dalam perkembangan terbaru, Hazama tampil dengan single terkini berjudul Aku Yang Sebenar, ciptaan Datuk M Nasir dan Ad Samad. Suami kepada pemuzik, Genervie Kam, itu sebelum ini meledak dengan lagu Di Amaran Mama, yang turut melayakkan dirinya ke Anugerah Juara Lagu 31
0 Response to "Terkini !! "Hazama minta maaf Usop sukar beri kerjasama""
Post a Comment