facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Pyongyang lancar peluru berpandu balistik sejauh 500 km



SEOUL: Korea Utara menguji sebuah lagi peluru berpandu hari ini dan ia berjaya mencapai jarak kira-kira 500 kilometer. Ujian terbaru itu dilakukan hanya seminggu selepas pelancaran terdahulu yang dikritik komuniti dunia dan menarik ancaman sekatan baharu lebih tegas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Presiden baharu Korea Selatan, Moon Jae-In memanggil satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Nasional susulan pelancaran itu, lapor agensi berita Yonhap. Ketua Turus Kakitangan Korea Selatan berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti jenis peluru berpandu dilancarkan dari wilayah Pyongan, selatan Korea Utara itu namun ia berjaya mencapai jarak kira-kira 500 kilometer.

 "Tentera kami memerhati rapat sebarang provokasi tambahan tentera Korea Utara dan kami meletakkan tentera dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya," katanya dalam kenyataan. Peluru berpandu jarak sederhana Hwasong-12 yang dilancarkan pada 14 Mei lalu berjaya mencapai jarak 700 kilometer, lebih jauh berbanding mana-mana peluru berpandu balistik Korea Utara sebelum ini dan Pyongyang mendakwa ia mampu membawa kepala peledak nuklear. 

Penganalisis berkata, ia menunjukkan kemajuan kemampuan senjata Korea Utara, ketika negara itu mempercepatkan usaha membangunkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang mampu melakukan serangan nuklear ke tanah besar Amerika Syarikat.

0 Response to "Pyongyang lancar peluru berpandu balistik sejauh 500 km "

Post a Comment